My Big Family Raykimmi

Tuesday, May 26, 2009

KeNaPa SeTiAp KaTa LeBih PeDih DaRi DiTikaM DEngAn BeNda YaNG TaJam..

Asslammualaikum pada semua......

mungkin topik kali ini tidak lah seperti yang anda jangkakan dan topik ini tidak juga akan menarik perhatian anda,
cuma bagi saya ia satu perkara yang amat penting kepada seseorang yang mengambil kisah semua kata - kata yang di keluarkan dari bibir atau secara bertulis sama ada dari insan yang tersayang,sahabat,kawan,dan orang lain.
saya tidak bermaksud untuk mencoretkan mana - mana hati yang sedang saling mempercayai satu sama lain....di sini saya ingin cerita sedikit pengalaman hidup sebagai seorang anak tunggal....
hidup seorang diri bukan lah perkara yang seronok ia lagi memedihkan hati dengan mendengar berbagai kata - kata dari bibir seorang dimana kadang - kadang tiada orang yang faham apa yang difikirkan......
saya ingat lagi macam mana saya di pulau oleh pakcik,sepupu dan kawan -kawan ...mungkin pada zaman kanak 2 saya, adalah zaman yang tidak menyeronokkan sehingga kata - kata yang diucapkan dari mereka bukanlah seindah yang difikir tetapi sebuah ungkapan yang memilukan hati sehingga menitis airmata ....
selain itu akibat kebaikan yang cuba kita lakukan juga boleh mendatangkan kata -kata yang tidak menyenangkan oleh sesiapa pun...saya masih tidak lupa lagi semasa di bangku sekolah menengah, pada masa itu saya mempunyai kawan baik dimana saya menumpang di rumahnya selama 3 tahun untuk menamatkan spm yang akan diduduki....
pada masa itu kami sama2 telah memasuki persilatan di kawasan yang berhampiran dan akan menamatkan latihan persilatan....untuk menamatkan persilatan ia memerlukan pisang,limau dan sedikit bertih jagung untuk syarat menamatkan latihan....dan pada masa itulah berlaku kata - kata yang membuatkan saya tersentuh hati....dimana saya telah membeli barang - barang keperluan tersebut kepada kawan baik saya agar beliau tidak menyusahkan diri untuk membeli......
tapi jangkaan saya silap saya telah di marahi akibat saya mementingkan diri kerana tidak membeli kepada kawan2 yang lain.......salah kah saya untuk tidak mengingati untuk membeli barang keperluan kawan2 yang lain....
saya tidak bermaksud untuk memburukkan kawan baik saya tapi di sini ada sebalik perkara yang perlu kita maafkan sekiranya ada berlaku kesilapan atau tersalah faham.......bagi saya semua orang akan merasai saat - saat seperti ini cuma kita tidak tahu bila,dimana,bagaimana dan kenapa ketika saat ini.......
saya memohon maaf sekiranya yang buruk itu datang dari saya yang baik itu datang dari ALLah S.W.T.....
percaya lah jika awak adalah kawan saya yang sejati ...
percayalah saya akan menjadi kawan yang sebaiknya.............
disini saya ucapkan, kawan la yang menjadikan saya lebih berdikari dan bersemangat sebelum saya mencapai di tahap yang sekarang.......
ku doakan pada semua kawan ku agar Allah membalas jasa dan di limpahi dengan kebahagiaan dan murah rezeki........
maafkan aku wahai kawan sekiranya aku bersalah padamu tidak sekalipun aku cuba memburukanmu kerana kamu adalah kawan yang mendengarkan kisah hidup ku ini setiap masa.........

Friday, May 15, 2009


Speed test


31 words

Typingtest

Tuesday, May 5, 2009

AnTaRa CINta & KaWaN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??

Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang....
Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....Walau kita punya couple, teman still paling setia..Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Monday, May 4, 2009

SeLamAt HaRi Ibu

Bila dahaga,
yang susukan aku....mak
Bila lapar,
yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan,
yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak,
perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur,
aku cari....mak
Bila nangis,
orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja,
aku dekati....mak
Bila nak bergesel,
aku duduk sebelah....mak
Bila sedih,
yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal,
yang memarahi aku....mak
Bila merajuk,
yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan,
yang paling cepat marah....mak
Bila takut,
yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk,
yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih,
aku mesti talipon....mak
Bila seronok,
orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang..
aku suka luah pada..mak
Bila takut,
aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit,
orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam,
orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal,
yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah,
yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung,
yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan
akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".

Friday, May 1, 2009

HaRgAilAh iSteRi aNda......

Yg blum bergelar isteri….elok gak tau…utk makluman kita bersamaaa…….




Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10


petikan ini ingin aku kongsi bersama-sama anda hanya untuk mengisi sedikit ilmu...

Saturday, April 4, 2009

PeRmaTa HaTi

Pada 25 februari 2008, alhamdullilah isteri saya telah selamat bersalin anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Hakimmi. Ini lah saat dimana semua orang nantikan, bagi saya ia satu kurniaan yang amat besar dalam hidup saya.
saya ingat lagi ketika isteri saya hendak bersalin, semasa itu saya tidak menyedari tanda - tanda nak bersalin, ye la kata kali pertama nak menyambut orang baru. tapi nasib baik semasa itu adik ipar saya ada, dia lah yang menghubungi saya pada pagi itu.
setelah sampai di hospital lebih kurang 7.30 di wad bersalin hospital putrajaya pihak hospital menahan isteri saya kerana sudah tiba masa untuk bersalin. di sini saat telah bermula di mana akan berada bersama isteri saya di dalam dewan bersalin, saat itu lah saya membayangkan berapa sakitnya ibu yag melahirkan kita. jadi disini isteriku dan anakku adalah permata hatiku yang mengorbankan nyawa demi membentuk sebuah keluarga untuk ku.........Amin

wahai anak ku
jadikan pengorbanan ibumu
suatu kenangan
semasa tiba waktu dirimu dibelai....
dan suatu kenangan itu
adalah kunci kejayaan
dalam dirimu mengejar
sebuah impian anganmu....
sebuah impian angan
kan menjadi kenyataan
andai dirimu memegang
nasihat dari ibu mu....
moga kasih mu
kekal
menjadi sebuah naskah
untuk di coretkan....

BeRmula sEJaRAh Hidup


hidup sebagai seorang anak tunggal bukanlah perkara yang bagus, di dalam dunia ini kita memerlukan seseorang untuk berbual dan berkongsi pendapat bagi menjadikan kita sebagai seorang insan yang baik. saya akui hidup seorang diri tanpa abang dan adik bukanlah perkara yang mudah, kerana tangungjawab yang dipikulkan amat berat.


bayangkan setiap detik dan masa kehidupan sebagai anak tunggal akan di perhatikan oleh semua orang. mungkin bagi awak semua itu hanyalah perkara biasa namun bagi saya ia amat memilukan kerana setiap detik saya ketika kecil hanya bermandikan air mata yang kering.


walau bagaimana pun saya tetap bersyukur kepada "YANG MAHA ESA" memberi pertunjuk kepada saya yang lemah lagi tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan hidup ketika kecil. ketika saya berumur 7 tahun saya telah berjanji tidak akan membezakan darjat dan kekayaan sekiranya saya berjaya suatu hari nanti.


"Wahai sahabat ku yang di gelarkan insan, berbuat baiklah kamu sesama manusia dan jangan lah jadikan kemiskinan itu sebagai musuh kekayaanmu" "kekayaan itu bukanlah harta ataupun wang tapi kekayaan itu adalah sebuah pengorbanan nurani yang datang dari akal dan hati yang baik kepada sesama insan bagi mencapai keberkatan...." Amin......