My Big Family Raykimmi

Saturday, April 4, 2009

BeRmula sEJaRAh Hidup


hidup sebagai seorang anak tunggal bukanlah perkara yang bagus, di dalam dunia ini kita memerlukan seseorang untuk berbual dan berkongsi pendapat bagi menjadikan kita sebagai seorang insan yang baik. saya akui hidup seorang diri tanpa abang dan adik bukanlah perkara yang mudah, kerana tangungjawab yang dipikulkan amat berat.


bayangkan setiap detik dan masa kehidupan sebagai anak tunggal akan di perhatikan oleh semua orang. mungkin bagi awak semua itu hanyalah perkara biasa namun bagi saya ia amat memilukan kerana setiap detik saya ketika kecil hanya bermandikan air mata yang kering.


walau bagaimana pun saya tetap bersyukur kepada "YANG MAHA ESA" memberi pertunjuk kepada saya yang lemah lagi tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan hidup ketika kecil. ketika saya berumur 7 tahun saya telah berjanji tidak akan membezakan darjat dan kekayaan sekiranya saya berjaya suatu hari nanti.


"Wahai sahabat ku yang di gelarkan insan, berbuat baiklah kamu sesama manusia dan jangan lah jadikan kemiskinan itu sebagai musuh kekayaanmu" "kekayaan itu bukanlah harta ataupun wang tapi kekayaan itu adalah sebuah pengorbanan nurani yang datang dari akal dan hati yang baik kepada sesama insan bagi mencapai keberkatan...." Amin......


0 ulasan: