My Big Family Raykimmi

Saturday, April 4, 2009

PeRmaTa HaTi

Pada 25 februari 2008, alhamdullilah isteri saya telah selamat bersalin anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Hakimmi. Ini lah saat dimana semua orang nantikan, bagi saya ia satu kurniaan yang amat besar dalam hidup saya.
saya ingat lagi ketika isteri saya hendak bersalin, semasa itu saya tidak menyedari tanda - tanda nak bersalin, ye la kata kali pertama nak menyambut orang baru. tapi nasib baik semasa itu adik ipar saya ada, dia lah yang menghubungi saya pada pagi itu.
setelah sampai di hospital lebih kurang 7.30 di wad bersalin hospital putrajaya pihak hospital menahan isteri saya kerana sudah tiba masa untuk bersalin. di sini saat telah bermula di mana akan berada bersama isteri saya di dalam dewan bersalin, saat itu lah saya membayangkan berapa sakitnya ibu yag melahirkan kita. jadi disini isteriku dan anakku adalah permata hatiku yang mengorbankan nyawa demi membentuk sebuah keluarga untuk ku.........Amin

wahai anak ku
jadikan pengorbanan ibumu
suatu kenangan
semasa tiba waktu dirimu dibelai....
dan suatu kenangan itu
adalah kunci kejayaan
dalam dirimu mengejar
sebuah impian anganmu....
sebuah impian angan
kan menjadi kenyataan
andai dirimu memegang
nasihat dari ibu mu....
moga kasih mu
kekal
menjadi sebuah naskah
untuk di coretkan....

0 ulasan: