My Big Family Raykimmi

Saturday, April 4, 2009

CiNTa PeNGiKaT JiwA




Di sini aku tertarik hati untuk berkongsi cerita tentang pengenalan aku dengan isteri menerusi ruangan blog ini. aku bukan lah seorang yang menarik perhatian dari mana - mana wanita tapi aku mempunyai perasan untuk menyintai insan yang bergelar wanita.
mengenang kembali sejarah permulaan perkenalan kami memang tidak di duga kerana aku dan keluarganya telah lama kenal antara satu sama lain. semasa itu aku hanya mengenali keluarga abgnya dan tidak mengenali isteriku memandangkan aku kerap ke rumah abgnya untuk meminta nasihat yang berguna aku langsung tidak sedari isteri ku yang masih bersekolah menengah yang datang ketika waktu cuti sekolah. bagi aku ketika itu ia hanya budak kecil dari mataku.

Setelah tamat persekolahan, isteriku berkerja sementara bersama emakku di kantin sekolah dan pada masa itu aku masih bercinta dengan wanita lain. dan aku tidak penah terfikir untuk meminati isteriku. setelah setahun isteriku berkerja di kantin beliau telah dapat untuk berkerja di jabatan pinjaman perumahan sebagai perkerja khidmat sementara. Hampir 1 tahun aku tidak melawat rumah abgnya dan aku membuat keputusan untuk pergi melawat sehingga bermula titik pandang pertama aku meminati isteriku memandangkan aku telah berputus hubungan dengan wanita yang sebelum ini. sepanjang perjalanan balik aku tidak dapat tidur kerana mengingati wajahnya. Aku telah memberitahu niatku kepada emak aku untuk meminang isteriku dan emak aku menghormati keputusan yang di buat.

Aku telah menghubungi keluarganya untuk memberitahu hajatku ingin meminang isteriku alangkah terkejut bahawa selama ini keluarganya berharap aku akan memilih salah seorang dari keluarga isteriku. Alhamdulliah pertunangan kami selamat di langsungkan pada bulan 26 Januari 2006. sepanjang pertunangan kami memang ada dugaan tapi bersyukur kepada "YANG MAHa ESA" kerana kami selamat di berkahwinkan pada 09 Jun 2007.
kini hidup aku tidak seorang diri lagi ini lah dikatakan "CINTA PENGIKAT JIWA"



Saya tertarik dengan dua petikan indah dan meninggalkan kesan mendalam di hati sesiapa pun. petikan ini Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.
"Rasulullah S.A.W telah bersabda
Perasaan kasih
adalah kecintaan suami kepada isterinya
perasaan sayang adalah sayangnya
kapada isterinya
meskipun ada keburukan pada dirinya"
kebenaran petikan ini jelas nyata, perasaan saling sayang menyayangi dan mencintai menjadikan pasangan suami isteri diikat menjadi satu jiwa. ia penawar yang mengalirkan rasa bahagia sehingga terwujudlah sebagaimana yang di ucapkan Rasulullah S.A.W iaitu "BAITI JANNATI" atau"RUMAHKU SYURGAKU".Persoalannya kita sebagai suami perlulah memandang kebahagian yang dikecap adalah kebahagian hasil hubungan dengan ALLAH S.W.T kerana suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana ALLAH S.W.T dan melakukan aktiviti bersama keluarga dalah kerana ALLAH S.W.T. kita juga sebagai isteri seharusnya menunjukkan rasa cintanya terhadap suami kerana sesebuah perkahwinan adalah perkongsian dalam melahirkan rasa saling cinta, berkerjasama, bantu membantu dan medidik keturunan yang baik. bukankah indah sebuah keluarga mempunyai seorang isteri, ibu yang bersabar melayan karenah angota keluarga semuanya kerana syukurnya dan cintanya dia kerana ALLAH S.W.T mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki.Inilah yang dikatakan hikmah perkahwinan dimana kita diajar menjadikan keluarga dan rumah tangga sebagai satu pelabuhan aman dan kukuh bagi setiap angota keluarga.
"LELAKI YANG PALING BAIK AKHLAKNYA
ADALAH LELAKI YANG PALING SAYANG PADA ISTERINYA,
SEMENTARA WANITA YANG PALING BAIK
IALAH WANITA YANG MENYENANGKAN HATI SUAMI
APABILA SUAMI MEMANDANGNYA"



mustapha & Fatimah

0 ulasan: